Isi Kandungan Artikel
Tanda Amaran Bateri.
Pernahkah anda mengalami situasi di mana anda memulas kunci kereta, tetapi enjin berbunyi “sebu” dan lambat hidup? Itu mungkin amaran terakhir sebelum bateri kereta anda mati sepenuhnya.
Ramai pemandu sering terlepas pandang kesihatan bateri kereta sehinggalah kereta tersadai di tepi jalan atau tempat letak kereta. Untuk mengelakkan situasi panik ini, anda perlu peka dengan 5 tanda awal ini:
Enjin Susah Dihidupkan (Slow Crank).
Ini tanda paling jelas. Apabila anda cuba start kereta, bunyi enjin kedengaran lemah dan mengambil masa lebih lama dari biasa untuk hidup. Ini bermakna bateri tidak cukup kuasa untuk memutar enjin.
Lampu Hadapan & Dalaman Malap.
Cuba perhatikan lampu kereta anda pada waktu malam atau ketika idling. Jika ia kelihatan kurang terang dari biasa, tetapi kembali terang apabila anda menekan minyak, itu tandanya bateri atau alternator sedang bermasalah.
Lampu Amaran Bateri Menyala Berterusan.
Jangan abaikan simbol bateri berwarna merah pada papan pemuka (dashboard). Ia memberitahu ada isu pada sistem pengecasan.
Komponen Elektronik Terganggu.
Radio, power window, atau jam digital kereta mungkin mula “buat hal” atau reset dengan sendiri kerana voltan tidak stabil.
Usia Bateri Melebihi 1.5 - 2 Tahun.
Di Malaysia, purata jangka hayat bateri adalah sekitar 18 bulan ke 2 tahun disebabkan cuaca panas. Jika bateri anda sudah berusia lebih dari tempoh ini, bersedialah untuk menukarnya bila-bila masa.
PENGUMUMAN PENTING DARI BATERILOKA.
Bateri kereta dah tunjuk tanda-tanda nak “kong”? Jangan risau, kami sedia bantu!
Bateriloka menyediakan perkhidmatan pemeriksaan, penghantaran, dan pemasangan bateri kereta terus ke lokasi anda. Tak perlu susah payah cari bengkel.
Hubungi kami sekarang untuk bantuan segera!